Thursday, September 25, 2008

Slamat Hari Raya Aidilfitri...2008

Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, maka dapatlah kita bertemu dengan Ramadan dan seterusnya Aidilfitri pada tahun ini. Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin".

Pada tahun ini, kami sekeluarga akan berhari raya di Benut, Johor. Akhir kata kalau-kalau nanti tiba-tiba terziarah keutara, silalah datang kerumah kami yerrrr.....wassalam.

Sunday, September 21, 2008

Dapat juga Biasiswa

Bulan apa tah hari tu aku pun tak ingat, tapi dalam tahun 2007.... Adalah aku terbaca pekeliling sesiapa yang berminat nak sambung belajar... bolehlah apply untuk biasiswa... aku pun dengan bergayanya telah mengisi borang tersebut dan dengan bergayanya juga bos aku telah menyokong permohonan ku itu.... Setelah beberapa ketika menunggu... maka keluarlah sekeping surat meminta aku untuk pergi temuduga untuk dapat biasiswa tersebut di Politeknik Port Dikson, Negeri Sembilan pada 8 Jan 2008.

Dengan liat dan meliutnya aku beritahu pada isteri aku... Hahhh, apa lagi, isteriku pun dengan bergayanya menyuruh aku pergi ke temuduga tersebut.... Nasib baiklah ada isteri yang begitu supportive, kalau tak aku rasa hmmm, haus lah gamaknya.

Maka setelah beberapa persiapan yang memang tak seberapa pun, telah aku sediakan untuk menemui penemuduga-penemuduga aku disana.... bertolak lah aku dari Perlis... singgah dirumah mertua aku di Butterworth untuk berehat seketika dan tinggalkan sorang anak... Sorang lagi bawak... Kalau bawak dua-dua... jenuh....

Setelah lepas lelah... aku pun bersama isteri dan anak lelaki aku pun bertolaklah ke Port Dickson.... Jalan punya jalan, sampai kat Bidor tayar kereta aku pecah lah pulak.... Takpe... berenti kat tepi konon nak tukar tayar spare... tengok-tengok tayar spare aku pulak dah tertukar ngan tayar kereta orang lain masa aku pi workshop.... maka termangu-mangulah aku bersama anak dan isteri ku di tepi highway yang sentiasa sibuk itu....

Dalam kepala aku ni fikir, hai... macam tak bagi pegi je.... Tapi isteriku tetap dengan sokongan padunya yang mahu juga aku teruskan perjalanan.... Nak jadi cerita, dalam duk tunggu kejap tu trak peronda highway pulak sampai.... Lega rasanya.... Diorang bawak aku pi Bidor cari kedai tayar.... Kedai pulak tak bukak lagi, masih pagi sangat masa tu... maka para peronda tu bawak aku makan nasi lemak dan minum teh kat warung dulu... aku tak makan, depa yang makan... Tak de selera.... Tengah susah hati....

Habih depa makan, depa bawak aku round sekali lagi.... Satu kedai...tutup... satu kedai tutup.... Pi satu kedai lagi... nasib baik dah bukak.... Mekanik tu pun terus tukar tayar kereta aku dan kami pun terus lah kembali ke tempat kejadian... Lepas tu para pronda tu tolong aku angkat tayar... siap pasangkan sekali... Nasib baik lah depa ada.... Siap tu aku hulurlah sikit... Tanda terima kasih....

Akhirnya perjalanan dapat diteruskan.... Sampai kat Port Dickson dah tengahari, silap simpang pulak dah.... tapi tak pe, lepas tanya ngan sorang mamat Stesen Minyak Petronas, kami pusing balik.... Sampailah juga kat tempat temuduga.... Sembang punya sembang dengan calon-calon lain, aku kena buat 3 copy proposal pulak dah... Aku bawak satu je... Depa kata kat bawah ada kedai fotostat... Aku pun pegilah... Nak jadi cerita lagi, mesin fotostat tu rosak.... Hahhh memang dah nasib aku tak dapat kot... Fikiran negatif lah tu... Last-last aku nekad je masuk dengan apa yang ada....

Masa kat dalam tu, depa tibai aku cukup-cukup, macam depa pulak nak bagi aku Phd. Aku pun dengan bergayanya menibai depa semula... Aku taulah, aku yang nak buat kajian tu, bukan depa.... puas juga aku berbalah... Akhirnya sorang penemuduga, Dr. dari UNIMAP, menenangkan keadaan. Habis-habis aku cakap kat isteri aku.... rasa macam tak dapat je.... takpelah kita cuba lain kali.... kata dia... sebab masa aku sembang dengan calon-calon lain... depa ada yang datang buat kali ke 4..... aku baru first time... faham-faham jelah yerrr...

Tak disangka-sangka, keputusan temuduga keluar, guess what... Aku berjaya lah pulak... Heran bin Ajaib betul lah... Rupanya semua rintangan tu, bukannya nak bagi aku tak dapat, nak bagi aku dapat rupanya.... Lepas tu aku kena pegi kursus untuk pegawai-pegawai yang akan melanjutkan pelajaran pada tahun ni di The Summit Hotel, Subang Jaya (21-24 April)...... Sekarang ni aku tengah proses untuk masuk semula UUM, pada sesi Dis 2008 ni.... dan cuti belajar....Kalau panjang umur dan murah rezeki... Begitulah Kisah aku dapat Bisiswa Skim Hadiah Latihan Persekutuan Tenaga Pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2008.