Friday, December 11, 2009
Friday, November 27, 2009
Monday, November 16, 2009
Graduation Hanif...
Hari sabtu lepas 14 November 2009, kami telah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah dan Penyampaian Sijil Tadika anak kami yang sulung, Hanif. Anak aku telah diberikan penghormatan untuk membuka majlis sebagai pembaca doa.... Seterusnya Hanif dan kawan-kawannya telah mempersembahkan beberapa persembahan... boria dan silat...
Alhamdulillah Hanif telah berjaya mengharungi kehidupan sebagai pelajar tadika dengan jayanya... Tahniah dari Daddy dan Ummi...
Friday, November 6, 2009
Pertandingan mewarna..
Pada 30 Oktober 09 (Jumaat) yang lalu anak aku bersama dengan beberapa orang kawan-kawan dia telah mewakili Tadika Tasneem Bistari, Changlun, bertanding dalam pertandingan mewarna di sebuah sekolah SRJK Cina di Changlun. Namun anak aku sedih tak menang... selalunya setiap kali masuk dia menang... tapi kali ini dia guna pensil warna baru.. jadi warna tak terang.. sebab tulah dia kalah koottt... so untuk mengurangkan kesedihan.... ummi dia pun bawak lah pegi makan aiskrim...
Sunday, October 11, 2009
Persidangan di Bayview
Hari ini aku menemankan interi aku sebagai wakil dekan Fakulti Komputer dan Perhubungan untuk menghadiri majlis perasmian persidangan yang dianjurkan oleh Fakulti Mekatronik, UNIMAP. Bertempat di Hotel Bayview, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Sampai sini lupa plak nak bawak seluar mandi untuk anak aku... kecewa dia... tak dapat mandi... Tak pelah lain kali jeee...
Friday, October 9, 2009
Temuduga masuk sekolah....
Hari ini 10 Oktober 2009 (Sabtu), anak sulung aku telah dipanggil untuk temuduga bagi kemasukan ke Tahun 1 sesi Jan 2010 Sekolah Rendah Al Azhar, Jitra. Ada 3 ujian yang perlu dilalui iaitu Ujian Lisan, Ujian Bertulis dan Ujian Iqra'. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan komen anak aku senang jeeee. Kami sebagai ibu bapa juga kena temuduga hu hu hu hu hu.... tapi lebih kepada survey jeeee... Kalau semuanya berjalan lancar anak aku akan mendapat surat panggilan pada bulan November 2009 ini... Insyaallah...
Sunday, October 4, 2009
Majlis makan-makan...
Sempena Syawal ni... bekas pelajar aku telah datang kerumah untuk beraya... bagi meraikan mereka yang seramai 15 orang tu... kami sekeluarga telah bertungkus lumus menyediakan sedikit juadah untuk mereka makan tengahari di rumah kami.... Menunya mudah jeee... ayam masak kari... kobis masak lemak.... telur masak sambal.... ketupat adabi... dan air sarsi... dan tidak ketinggalan kuih muih (Raya lah katakan).... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar... dan makanan yang disediakan juga mencukupi... Buat para pelajar sekalian... "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" dan terima kasih kerana sudi datang ke rumah saya... Lain kali datang lah lagiii yeeee...
Thursday, September 17, 2009
Majlis Kenduri di Baling
Pada 15 Ogos yang lalu kami telah dijemput ke majlis persandingan Cik Azizah, Staff Nurse kat KMC. Rumah beliau terletak di kawasan Baling, Kedah... dekat dengan Lata Bayu... tempat mandi manda yang popular di Baling... Tapi setakat ini kami tak pernah lah pegi lagi... he he he...
Nantilah bila ada kelapangan dan kesihatan yang baik... Aku ingat nak bawak satu famili pegi berkelah kat situ.... Tempat tu pun tak lah susah nak dituju... jalannya besar dan tak sibuk... amat menenangkan....
Anyway dikesempatan ini, kami sekali lagi ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada beliau, semoga kekal hingga ke akhir hayat... Wassalam...
Monday, September 14, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri...2009
Syukur kehadrat Ilahi kerana pada tahun ini sekali lagi kita dapat bertemu dengan Ramadan dan seterusnya dapat lah menyambut hari lebaran... Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua para sahabat handai yang dekat dan jauh... serta tidak dilupakan juga buat seluruh ahli keluarga kami...
Tahun ini kali pertama kami beraya di rumah kami sendiri.... di Changlun, Kedah.... lepas solat baru kami akan pergi menziarahi sanak saudara di Pulau Pinang dan tempat-tempat lain.... Semoga kita semua beroleh keberkatan dan kemuliaan di hari baik dan bulan yang baik ini....
Kepada semua sahabat handai dan sanak saudara yang kebetulan datang ke utara..... jemputlah singgah ke rumah saya yeeerrr...... Sekian.
Tahun ini kali pertama kami beraya di rumah kami sendiri.... di Changlun, Kedah.... lepas solat baru kami akan pergi menziarahi sanak saudara di Pulau Pinang dan tempat-tempat lain.... Semoga kita semua beroleh keberkatan dan kemuliaan di hari baik dan bulan yang baik ini....
Kepada semua sahabat handai dan sanak saudara yang kebetulan datang ke utara..... jemputlah singgah ke rumah saya yeeerrr...... Sekian.
Tuesday, September 8, 2009
Belajar-belajar ternak kambing...
Dengan tidak semena-mena kami sekeluarga telah mula pulak berkecimpung di dalam ternakan kambing... Tapi orang lain yang jagalah... kata orang utara pawah.... Ibunya adalah dalam 40 ekor... Bapaknya ada dua ekor...
Setakat ini anak-anak yang lahir ada lah dalam 20 ekor.... dijangkakan bermula tahun hadapan ada lah anak-anak yang sudah boleh dipasarkan... untuk pasaran semasa, kami ada menjual beberapa ekor kambing jantan yang memang sudah sesuai untuk disembelih... bagi majlis kenduri-kendara, korban dan aqiqah...
Untuk tempahan bolehlah terus menghubungi aku terus... khidmat tukang sembelih dan lapah juga ada disediakan dengan sedikit bayaran tambahan.... ohhh yeee lupa pulak... harga kambing yang kami tawarkan adalah antara RM 550 - RM 600.... Sekian.
Friday, April 3, 2009
Tanggal gigi....
Thursday, February 12, 2009
Jadi 'student' semula...
Bermula dari 21 Disember 2009 hingga 20 Disember 2011 aku telah diberikan cuti belajar sepenuh masa oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Maknanya dah tak payah keje dan jadi student semula...
Insyaallah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku akan menamatkan pengajian 3 tahun dari sekarang.... Amin...
Lupa pulak nak bagitau... Aku sambung di FSKP, UUM, Bidang Phd Pendidikan....
Gitu lah ceritanya....
Insyaallah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku akan menamatkan pengajian 3 tahun dari sekarang.... Amin...
Lupa pulak nak bagitau... Aku sambung di FSKP, UUM, Bidang Phd Pendidikan....
Gitu lah ceritanya....
Subscribe to:
Posts (Atom)