Thursday, September 17, 2009

Majlis Kenduri di Baling



















Pada 15 Ogos yang lalu kami telah dijemput ke majlis persandingan Cik Azizah, Staff Nurse kat KMC. Rumah beliau terletak di kawasan Baling, Kedah... dekat dengan Lata Bayu... tempat mandi manda yang popular di Baling... Tapi setakat ini kami tak pernah lah pegi lagi... he he he...
Nantilah bila ada kelapangan dan kesihatan yang baik... Aku ingat nak bawak satu famili pegi berkelah kat situ.... Tempat tu pun tak lah susah nak dituju... jalannya besar dan tak sibuk... amat menenangkan....
Anyway dikesempatan ini, kami sekali lagi ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada beliau, semoga kekal hingga ke akhir hayat... Wassalam...

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...2009





Syukur kehadrat Ilahi kerana pada tahun ini sekali lagi kita dapat bertemu dengan Ramadan dan seterusnya dapat lah menyambut hari lebaran... Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua para sahabat handai yang dekat dan jauh... serta tidak dilupakan juga buat seluruh ahli keluarga kami...
Tahun ini kali pertama kami beraya di rumah kami sendiri.... di Changlun, Kedah.... lepas solat baru kami akan pergi menziarahi sanak saudara di Pulau Pinang dan tempat-tempat lain.... Semoga kita semua beroleh keberkatan dan kemuliaan di hari baik dan bulan yang baik ini....
Kepada semua sahabat handai dan sanak saudara yang kebetulan datang ke utara..... jemputlah singgah ke rumah saya yeeerrr...... Sekian.

Tuesday, September 8, 2009

Belajar-belajar ternak kambing...



Dengan tidak semena-mena kami sekeluarga telah mula pulak berkecimpung di dalam ternakan kambing... Tapi orang lain yang jagalah... kata orang utara pawah.... Ibunya adalah dalam 40 ekor... Bapaknya ada dua ekor...

Setakat ini anak-anak yang lahir ada lah dalam 20 ekor.... dijangkakan bermula tahun hadapan ada lah anak-anak yang sudah boleh dipasarkan... untuk pasaran semasa, kami ada menjual beberapa ekor kambing jantan yang memang sudah sesuai untuk disembelih... bagi majlis kenduri-kendara, korban dan aqiqah...
Untuk tempahan bolehlah terus menghubungi aku terus... khidmat tukang sembelih dan lapah juga ada disediakan dengan sedikit bayaran tambahan.... ohhh yeee lupa pulak... harga kambing yang kami tawarkan adalah antara RM 550 - RM 600.... Sekian.