Sunday, October 11, 2009

Persidangan di Bayview






















Hari ini aku menemankan interi aku sebagai wakil dekan Fakulti Komputer dan Perhubungan untuk menghadiri majlis perasmian persidangan yang dianjurkan oleh Fakulti Mekatronik, UNIMAP. Bertempat di Hotel Bayview, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Sampai sini lupa plak nak bawak seluar mandi untuk anak aku... kecewa dia... tak dapat mandi... Tak pelah lain kali jeee...

Friday, October 9, 2009

Temuduga masuk sekolah....



















Hari ini 10 Oktober 2009 (Sabtu), anak sulung aku telah dipanggil untuk temuduga bagi kemasukan ke Tahun 1 sesi Jan 2010 Sekolah Rendah Al Azhar, Jitra. Ada 3 ujian yang perlu dilalui iaitu Ujian Lisan, Ujian Bertulis dan Ujian Iqra'. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan komen anak aku senang jeeee. Kami sebagai ibu bapa juga kena temuduga hu hu hu hu hu.... tapi lebih kepada survey jeeee... Kalau semuanya berjalan lancar anak aku akan mendapat surat panggilan pada bulan November 2009 ini... Insyaallah...

Sunday, October 4, 2009

Majlis makan-makan...











Sempena Syawal ni... bekas pelajar aku telah datang kerumah untuk beraya... bagi meraikan mereka yang seramai 15 orang tu... kami sekeluarga telah bertungkus lumus menyediakan sedikit juadah untuk mereka makan tengahari di rumah kami.... Menunya mudah jeee... ayam masak kari... kobis masak lemak.... telur masak sambal.... ketupat adabi... dan air sarsi... dan tidak ketinggalan kuih muih (Raya lah katakan).... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar... dan makanan yang disediakan juga mencukupi... Buat para pelajar sekalian... "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" dan terima kasih kerana sudi datang ke rumah saya... Lain kali datang lah lagiii yeeee...