Monday, December 13, 2010

The Carnival Sg. Petani











Pada hari Ahad (12 Disember 2010), kami sekeluarga telah pergi mandi-manda di The Carnival, Sg Petani... Bertolak dalam pukul 9 pagi dan sampai dalam pukul 10.30 pagi... Selepas mambayar sebanyak RM 88 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (Naiam tak kena)... kami pun masuk... Pelampung disediakan secara percuma dan dapat makan percuma jugek... Hanif mencuba semua gelongsor yang ada... sama ada yang kena pakai pelampung atau tidak... dua-dua dia naik... Lapas tu kami makan hotdog dan sandwich dalam kolam... hehehe saja nak rasa makan dalam kolam... Kami balik dalam pukul 3 petang... jenuh jugek nak ajak anak-anak naik... sampai kecut tangan dan kaki... anyway kami semua enjoy... kalau tak de aral insyaallah akmi akan datang lagi...

Majlis berkhatan & memakai subang...











Hari Ahad (5 Disember 2010) yang lalu sepupu isteri aku telah mengadakan kenduri doa selamat dan makan-makan bagi meraikan anak-anak lelaki yang akan berkhatan dan anak-anak perempuan memakai subang... Upacara memakai subang dibuat secara tradisional... dengan cara manual... guna tangan jeee jolok masuk... tengok pun ngeri jugek leee... menjerit jugeklah budak kecik tu... tapi alhamdulillah semua selamat dilakukan dengan jayanya...

Banjir oh banjir...




Seperti tahun 2005 yang lalu, tahun ini banjir besar kembali melanda utara tanah air... namun rasanya kali ini lebih besar lagi... tahun 2005 aku masih boleh pegi ke Alor Star tanpa masalah dengan melalui jalan Kangar-Alor Star... tapi pada tahun ini jalan Kangar-Alor Star tu pun terputus jugek... Tapi alhamdulillah kereta Serena aku dapat mengharungi banjir yang agak tinggi tersebut tanpa masalah... rasa macam nak gugur jantung masa redah banjir besar tu... arus punyalah kuat sampai hilang no plat kete aku.... itu cerita masa pegi...
Petang masa nak balik rumah aku ikut jalan bandaraya Alor Star... Ya Allah... hampir seluruh bandaraya Alor Star dinaiki air... nasib baik tak berapa tinggi... so sekali lagi aku redah jelahhh... paling mendebarkan masa lalu kat Anak Bukit... boleh tahan jugek dalamnya... isteri aku terdiam tak terkata ape... dah lepas banjir tu baru dia kata... sebenarnya dia diam sebab dia tengah tunggu air masuk dalam kereta... Alhamdulillah sekali lagi kami terlepas... Lepas tu perjalanan lancar seperti biasa...
Nasib baik rumah aku air tak naik... tapi jiran-jiran aku yang berada di hadapan bahagian taman habis kena... termasuk jugek rumah-rumah yang baru dibeli oleh beberapa orang penghuni... aku sekeluarga keluar jam 11 malam nak tengok keadaan banjir di tempat aku tinggal... fuhhh boleh tahan jugek dalam... adalah dalam 2 kaki... Namun begitu syukur sebab banjir tersebut telah surut dengan cepat...

Sunday, December 12, 2010

Birthday Marsya yang ke 5...











.....................................................................................................Sempena menyambut hari lahir Marsya yang genap 5 tahun pada 27 November 2010 yang lalu, isteri aku telah berpakat bersama salah seorang rakan sekerjanya untuk sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran anak kami secara bersama... Kami telah menjemput penghuni rumah kebajikan ape tah (lupa plak) untuk memeriahkan majlis tersebut... Menu yang simple dengan hanya bihun goreng, steambot (sempoi jugek), kekacang, gula-gula dan sedikit cenderahati untuk para jemputan... Majlis ringkas ini telah bermula lebih kurang jam 6 petang dan berlarutan sehingga ke malam... Alhamdulillah makanan yang disediakan mencukupi dan memuaskan... Untuk birthday kali ini, Marsya mintak patung "barbie"... tapi sorilah yeee Marsya... sebab sampai sekarang kami tak beli -beli lagi...

Monday, August 2, 2010

Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort
















Pada 30-31 Julai 2010 (Jumaat & Sabtu) yang lepas, kami sekeluarga telah berkesempatan sekali lagi mengunjungi pusat percutian Bukit Merah sempena Hari Keluarga Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, UNIMAP, tempat isteri aku bertugas.... Aktiviti bermula pada pagi Sabtu dengan sarapan pagi dan selepas itu beramai-ramai menyerbu masuk ke 'Waterpark' untuk acara seterusnya iaitu sedikit permainan dan mandi-manda.... Walaupun sedikit letih... namun seronok tengok anak-anak gembira main air... tertelan air dan tidak lupa juga tertimpa air... nasib baik handphone isteri aku tak kong masa kena timpa air tu... huhuhuhu....
Kami menginap di Bukit Merah Resort Hotel yang berdekatan dengan 'Waterpark' manakala yang lain-lain menginap di 'Laketown Apartment'.... Bilik yang disediakan juga memuaskan dan mempunyai katil yang mencukupi untuk 3 anak... Lupa nak ambik gamba bilik...

Saturday, June 26, 2010

Kambing oh kambing...
















Semalam 26 Jun 2010, kami sekali telah pergi menjenguk kambing-kambing kami yang sedang dibela di Bagan Serai oleh Abang Samat... Kali ini kami pegi dengan membawa tag untuk memudahkan kami mengenali kambing kami dikemudian hari... sesuatu yang kami patut buat dari dulu lagi.. nak buat macam mana percaya sangat kat member... setelah puas menge"tag" semua kambing... kami pun beredar ke Pulau Pinang untuk pekena nasi beriani di Line Clear, Penang Road... boleh tahan juga sedapnya... macam ni laen kali boleh pi lagiii... masa balik kami naik feri... dan seterusnya kami selamat sampai di Changlun dalam pukul 8 malam.... aduh punyalah letih... nasib baik ada isteri tercinta yang sudi tolong picit kaki.... fuhhhh leeegaaa... lepas tu terussss lena... hehehe...

Sunday, June 20, 2010

Sambutan Hari Bapa...











Sempena Hari Bapa yang jatuh pada hari ini, isteri aku telah membuat sebuah kek coklat untuk aku... kek yang masih panas itu telah ku potong dan kami nikmati bersama-sama... Terima kasih buat isteri dan anak-anak tercinta untuk ucapan yang telah diberikan... Daddy love you all very much....

Saturday, June 19, 2010

Pusat Sains Gunung Keriang, Alor Setar
















Hari Rabu yang lalu iaitu pada 9/6/2010, kami sekeluarga telah pergi melawat ke Pusat Sains yang baru dibuka di Alor Star... macam Petrosains kat KLCC tu... cuma kurang sikit jeee... Anak kami begitu asyik dengan pameran-pameran yang ada sampai kata esoknya nak pegi lagi... paling best, masuk rumah yang bagi pengalaman gempa bumi... ngeri... bayangkan kalau betul.. mau ranap rumah kita di buatnya.... anyway.. okay jugek lah...

Jalan-Jalan...
















Hari ini kami sekeluarga telah bersama-sama pergi berjalan-jalan sekitar Alor Setar... Perjalanan hari ini tidak dirancang... jadi kami pegi jelah kemana-mana yang kami sempat... destinasi yang kami jumpa... Rumah kelahiran Dr. Mahathir... dan atas permintaan Hanif, kami pun naiklah Menara Alor Setar.... masa naik dan turun... takut... terutamanya anak kami yang paling kecik... Naim... laaaa gayat jugek... hehehe...

Sunday, June 6, 2010

Hari Lahir Naim yang ke 2...











Hari ini kami sekeluarga menyambut Hari Lahir Hasani Hamizan Naim yang ke 2... Tidak ketinggalan menyambut hari lahir adalah Ummi tercinta. Naim pada 4/6 dan Ummi pada 6/6... so sambut sekali je lah yeee... Birthday tahun ini Naim dapat "Kuda".... Anyway... kami sekeluarga doakan semoga "Naim" dan Ummi" sentiasa dilindungi Allah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Amin...

Monday, May 31, 2010

Sambutan Hari Ibu Mei 2010











Kebetulan dengan kehadiran Ibu Mertua dan adik ipar kerumah kami di Changlun adalah jatuh pada hari ibu, maka kami suami-suami dan anak-anak telah mengambil kesempatan untuk meraikan ibu-ibu yang ada di rumah pada ketika itu....
Sambutan yang sederhana itu diserikan dengan acara memotong kek oleh para ibu yang memakai pakaian baru yang dihadiahkan oleh para suami dan anak-anak serta cucu-cucu. Semoga para ibu semua akan sentiasa sihat dan dirahmati Allah sentiasa,,,,

Sunday, January 3, 2010

First day Sekolah...

















Hari ini 3 Januari 2010 merupakan hari pertama anak aku Anip memasuki alam persekolahan sebenar.. Anip menduduki kelas 1 Bukhari di Sekolah Rendah Al-Azhar, Jitra... Walaupun tak berapa lancar perjalanan pada hari pertama.. namun kami berharap semuanya akan menjadi semakin baik... Hari pertama ini, Ummi teman dari pagi sampai balik... naik bas sekolah sekali dengan Anip... Daddy pegi teman masa rehat jeee... lepas tu kena balik sebab nak ambik Marsya balik tadika...