Thursday, May 3, 2012

Assalam...

Fuhhhh... lamanya aku tak update blog ni.... macam-macam benda dah berlaku... namun takde kesempatan untuk menulis... Anak sulung aku dah masuk 9 tahun... aku dah masuk 39 tahun.... 3 siri terakhir untuk aku... gempa berlaku lagi pada bulan April 2012 yang lalu... sama seperti yang aku alami masa gempa Disember 2005 yang lalu... di kedua-dua kejadian aku berada di KMC... duduk di kerusi yang sama...

Aku dah mula keje pada bulan Disember 2011 yang lalu... "culture shock" juga aku dibuatnya... maklumlah setelah 3 tahun bercuti... sekarang ni macam-macam benda yang dah berubah.... silibus pun berubah... kod kursus pun berubah... sistem fail berubah... ada macam-macam objektif.... tapi alhamdulillah aku dapat mengikuti semuanya dengan pasrah dan menyerah... takkan nak lawan kot... yeee tak...

Isteri aku pun dah mula bercuti sambung pengajian... dan kalau takde aral anak aku akan bersunat pada 29 Mei 2012 ini.... semoga semuanya berjalan lancar...

Saturday, December 3, 2011

Birthday Marsya yang ke 6...

Tahun ni birthday Marsya disambut secara kecil-kecilan saja... Ummi buat kek sendiri... sedap pulak tuuu..... ape pun Happy birthday Marsya...

Monday, December 13, 2010

The Carnival Sg. Petani











Pada hari Ahad (12 Disember 2010), kami sekeluarga telah pergi mandi-manda di The Carnival, Sg Petani... Bertolak dalam pukul 9 pagi dan sampai dalam pukul 10.30 pagi... Selepas mambayar sebanyak RM 88 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (Naiam tak kena)... kami pun masuk... Pelampung disediakan secara percuma dan dapat makan percuma jugek... Hanif mencuba semua gelongsor yang ada... sama ada yang kena pakai pelampung atau tidak... dua-dua dia naik... Lapas tu kami makan hotdog dan sandwich dalam kolam... hehehe saja nak rasa makan dalam kolam... Kami balik dalam pukul 3 petang... jenuh jugek nak ajak anak-anak naik... sampai kecut tangan dan kaki... anyway kami semua enjoy... kalau tak de aral insyaallah akmi akan datang lagi...

Majlis berkhatan & memakai subang...











Hari Ahad (5 Disember 2010) yang lalu sepupu isteri aku telah mengadakan kenduri doa selamat dan makan-makan bagi meraikan anak-anak lelaki yang akan berkhatan dan anak-anak perempuan memakai subang... Upacara memakai subang dibuat secara tradisional... dengan cara manual... guna tangan jeee jolok masuk... tengok pun ngeri jugek leee... menjerit jugeklah budak kecik tu... tapi alhamdulillah semua selamat dilakukan dengan jayanya...

Banjir oh banjir...




Seperti tahun 2005 yang lalu, tahun ini banjir besar kembali melanda utara tanah air... namun rasanya kali ini lebih besar lagi... tahun 2005 aku masih boleh pegi ke Alor Star tanpa masalah dengan melalui jalan Kangar-Alor Star... tapi pada tahun ini jalan Kangar-Alor Star tu pun terputus jugek... Tapi alhamdulillah kereta Serena aku dapat mengharungi banjir yang agak tinggi tersebut tanpa masalah... rasa macam nak gugur jantung masa redah banjir besar tu... arus punyalah kuat sampai hilang no plat kete aku.... itu cerita masa pegi...
Petang masa nak balik rumah aku ikut jalan bandaraya Alor Star... Ya Allah... hampir seluruh bandaraya Alor Star dinaiki air... nasib baik tak berapa tinggi... so sekali lagi aku redah jelahhh... paling mendebarkan masa lalu kat Anak Bukit... boleh tahan jugek dalamnya... isteri aku terdiam tak terkata ape... dah lepas banjir tu baru dia kata... sebenarnya dia diam sebab dia tengah tunggu air masuk dalam kereta... Alhamdulillah sekali lagi kami terlepas... Lepas tu perjalanan lancar seperti biasa...
Nasib baik rumah aku air tak naik... tapi jiran-jiran aku yang berada di hadapan bahagian taman habis kena... termasuk jugek rumah-rumah yang baru dibeli oleh beberapa orang penghuni... aku sekeluarga keluar jam 11 malam nak tengok keadaan banjir di tempat aku tinggal... fuhhh boleh tahan jugek dalam... adalah dalam 2 kaki... Namun begitu syukur sebab banjir tersebut telah surut dengan cepat...

Sunday, December 12, 2010

Birthday Marsya yang ke 5...











.....................................................................................................Sempena menyambut hari lahir Marsya yang genap 5 tahun pada 27 November 2010 yang lalu, isteri aku telah berpakat bersama salah seorang rakan sekerjanya untuk sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran anak kami secara bersama... Kami telah menjemput penghuni rumah kebajikan ape tah (lupa plak) untuk memeriahkan majlis tersebut... Menu yang simple dengan hanya bihun goreng, steambot (sempoi jugek), kekacang, gula-gula dan sedikit cenderahati untuk para jemputan... Majlis ringkas ini telah bermula lebih kurang jam 6 petang dan berlarutan sehingga ke malam... Alhamdulillah makanan yang disediakan mencukupi dan memuaskan... Untuk birthday kali ini, Marsya mintak patung "barbie"... tapi sorilah yeee Marsya... sebab sampai sekarang kami tak beli -beli lagi...

Monday, August 2, 2010

Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort
















Pada 30-31 Julai 2010 (Jumaat & Sabtu) yang lepas, kami sekeluarga telah berkesempatan sekali lagi mengunjungi pusat percutian Bukit Merah sempena Hari Keluarga Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, UNIMAP, tempat isteri aku bertugas.... Aktiviti bermula pada pagi Sabtu dengan sarapan pagi dan selepas itu beramai-ramai menyerbu masuk ke 'Waterpark' untuk acara seterusnya iaitu sedikit permainan dan mandi-manda.... Walaupun sedikit letih... namun seronok tengok anak-anak gembira main air... tertelan air dan tidak lupa juga tertimpa air... nasib baik handphone isteri aku tak kong masa kena timpa air tu... huhuhuhu....
Kami menginap di Bukit Merah Resort Hotel yang berdekatan dengan 'Waterpark' manakala yang lain-lain menginap di 'Laketown Apartment'.... Bilik yang disediakan juga memuaskan dan mempunyai katil yang mencukupi untuk 3 anak... Lupa nak ambik gamba bilik...